Image Slide 1
PUSAT RANCANGAN KOKURIKULUM

__________
Centre for Co-Curricular Programme
Universiti Sains Malaysia

SELAMATDATANGPELAJARBAHARU2-2
previous arrowprevious arrow
next arrownext arrow
slide 1
Homepage
01web_ranking.jpg
previous arrowprevious arrow
next arrownext arrow
Image Slide 1
PUSAT RANCANGAN KOKURIKULUM

__________
Centre for Co-Curricular Programme
Universiti Sains Malaysia

Latest News | More News  

  • KURSUS KESEJAHTERAAN MENTAL KPT PERIHATIN MADANI

    5 Siri Program KPT Prihatin Madani. Kerjasama dengan JPN Pulau Pinang melibatkan Sekolah Menengah dari 5 Daerah dalam Pulau Pinang; (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Barat Daya dan Timur Laut). Terima Kasih PM Dr Zaidi dan Dr Yati serta pasukan dari Kampus Kesihatan USM atas kepercayaan yang diberi serta banyak membantu dalam memudahkan perjalanan program ini.

    378869465 744924220775925 4143115550280701435 n

  • PUSAT RANCANGAN KOKURIKULUM DENGAN KERJASAMA PUSAT KAJIAN KELESTARIAN GLOBAL (CGSS)

    379515353 745951194006561 5968920571806112828 n

    Pusat Rancangan Kokurikulum dengan kerjasama Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS) telah mengambil inisiatif untuk berkongsi ilmu dengan pegawai-pegawai tinggi kerajaan di Egypt, Mesir dalam usaha mengintegrasikan aspek adaptasi bagi menangani Kesan Perubahan Iklim dan Pemanasan Global.
    Program yang dijalankan selama 10 hari (14 Ogos 2023 hingga 23 Ogos 2023) bertempat di Helnan Hotel Egypt dan dirasmikan oleh Duta Besar Malaysia di Mesir, Ambassador TYT Zamani Bin Ismail.
    379610438 745955197339494 2117742612795080633 n
     
    Program ini dibiayai sepenuh oleh “The Malaysian Technical Cooperation Program (MTCP), Ministry Of Foreign Affairs” – ‘Penghantaran Pakar’, manakala para peserta adalah terdiri profesor, pensyarah, akauntan, penguam, arkitek dan lain-lain. Beberapa universiti seperti Cairo University, Helwan University & The American University in Cairo amat berminat untuk menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang dengan USM.
  • BADAN BERUNIFORM PEMANGKIN MOMENTUM KECEMERLANGAN MAHASISWA

    USM PULAU PINANG, 10 Jun 2023 – "Aktiviti badan beruniform dapat membentuk sahsiah mahasiswa ke arah lebih berdisiplin, berkeyakinan dan berintegrasi dalam memangkin momentum kecemerlangan mahasiswa," demikian antara intipati ucapan Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed sewaktu merasmikan Hari Perbarisan Pembukaan Latihan Badan Beruniform USM, hari ini.

    Abdul Rahman turut menyeru siswa-siswi yang melibatkan diri dengan badan beruniform untuk sentiasa memelihara integriti dan nama baik USM pada setiap masa.

    “Silaturrahim serta kerjasama erat yang dipamerkan dalam latihan serta gerak kerja setiap pasukan beruniform secara tidak langsung sedang mempersiapkan siswa-siswi dengan ilmu dan pendedahan tambahan yang bernilai selain pencapaian akademik sebelum bergraduasi daripada USM,” tambah beliau.