Matlamat

Rancangan Kokurikulum di Universiti Sains Malaysia memberi penekanan kepada aspek-aspek berikut:

  • Memberi peluang yang seluas-luasnya kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam kegiatan sosiobudaya mengikut pilihan pelajar berdasarkan minat dan keupayaan masing-masing.
  • Memberi pendedahan kepada pelajar tentang isu-isu penting berkaitan dengan pembangunan negara melalui kegiatan khidmat masyarakat.
  • Mencungkil dan memajukan bakat-bakat pelajar dalam bidang kebudayaan dan sukan. Di samping itu, dapat mempertingkatkan minat dan bakat kecemerlangan yang sudah wujud.
  • Memupuk perpaduan dan integrasi nasional serta membangunkan kemahiran insaniah melalui kegiatan kokurikulum.