Visi & Misi

VISI
Transformasi pelajar berteraskan kokukurikulum demi kelestarian kemahiran insaniah modal insan.

MISI
Pusat Rancangan Kokurikulum menawarkan peluang kepada pelajar membangunkan sahsiah diri melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum berkredit memfokus kepada pembangunan kemahiran insaniah secara terapan dan berterusan untuk melahirkan pelajar yang berilmu, berketerampilan dan holistik.

OBJEKTIF KUALITI

  • Menerap dan membudayakan konsep kelestarian dalam kurikulum kursus kokurikulum. Sasaran sekurang-kurangnya 1 jam aktiviti kursus melibatkan aktiviti kelestarian dalam bentuk teori atau amali.
  • Menerapkan sekurang-kurangnya 3 elemen kemahiran insaniah mesti (KIM) yang bersesuaian dalam aktiviti pengajaran & pembelajaran kursus.
  • Menyemak kurikulum kursus Rancangan Kokurikulum sekurang-kurangnya 4 tahun sekali.
  • Memastikan setiap pelajar yang layak mengikuti kursus Rancangan Kokurikulum dapat mendaftar kursus dalam tempoh masa pengajian bagi tujuan memenuhi syarat pengijazahan.
  • Mengemaskini borang HEA semua kursus kokurikulum mengikut keperluan semasa pemegang taruh (stakeholders).
  • Menerap dan membudayakan konsep kelestarian dalam pengurusan Rancangan Kokurikulum melalui pendekatan ICT. Sasaran peningkatan sekurang-kurangnya 5% proses kerja pengurusan mengamalkan konsep kelestarian melalui pendekatan  ICT.
  • Memastikan staf menjalani latihan pembangunan modal insan sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

PIAGAM PELANGGAN
Pusat Rancangan Kokurikulum, Universiti Sains Malaysia beriltizam:

  • Memberi peluang kepada pelajar di Kampus Induk melibatkan diri dalam pelbagai skop kehidupan secara lestari melalui kegiatan kokurikulum berdasarkan lapan teras: kesukarelawan, libat sama komuniti, daya usaha dan inovasi, keusahawanan, kepimpinan, pengucapan awam, sukan dan kebudayaan.
  • Meningkatkan keterampilan pelajar melalui penerapan kemahiran insaniah mesti (KIM) dalam pengajaran kursus Rancangan Kokurikulum.
  • Mewujudkan sistem pengurusan yang inovatif dan lestari berasaskan prasarana ICT universiti.
  • Memberikan perkhidmatan yang berkualiti, mesra, cekap dan tepat kepada pelanggan.