Objektif CSD

  • Program utama dalam kategori APEX Flagship Programme bagi pelajar dan bersifat wajib kepada semua pelajar Ijazah Pertama USM - Talent Management.

  • Menyediakan pelajar kepada wawasan APEX khususnya dalam aspek pembangunan pelajar USM secara holistik.

  • Model MyCSD dibina khusus bagi pelajar USM untuk melahirkan graduan USM yang holistik dengan memiliki semua teras kekuatan model pelajar masa depan.

  • Semua maklumat aktiviti yang disertai pelajar sepanjang berada di USM sama ada berupa akademik atau kokurikulum akan mendapat pengiktirafan.

  • Pada akhir pengajian, siswazah yang bakal dilahirkan kelak akan memiliki dua jenis transkrip iaitu transkrip akademik dan kokurikulum yang merupakan nilai tambah pengiktirafan kepada kemahiran insaniah yang diceburi mereka selama belajar di USM.