Pemilihan Aktiviti

  • Data yang dimasukkan ke dalam MyCSD hendaklah menggunakan HURUF BESAR sahaja dalam dwibahasa.

  • Tajuk perlu menggambarkan aktiviti dan teras yang dijalankan (Seperti - tajuk kursus) (maksimum 200 aksara).

  • Perkataan akronim dalam kurungan mesti dieja penuh. Contoh: TOT - Temasya Olahraga Tahunan

  • Projek yang selesai dilaksanakan sahaja akan diterima untuk pengiktirafan dengan pengesahan Penasihat Projek/Penggawa/Dekan.

  • Setiap tajuk yang dimasukkan ke dalam MyCSD hendaklah (self – explainatory).

  • Aktiviti yang diiktiraf sebagai berkredit tidak boleh dimasukkan ke dalam MyCSD.

  • Aktiviti pelajar seperti mesyuarat atau perjumpaan biasa tidak diiktiraf/dimasukkan ke dalam MyCSD.

  • Hanya projek/aktiviti yang dirancang (projek yang mempunyai kertas kerja, penasihat, laporan) sahaja akan diiktiraf.

  • Maklumat aktiviti yang dimasukkan ke dalam MyCSD hendaklah lengkap berdasarkan borang EPA.015.

  • Peneraju, pelaksana dan peserta (aktiviti sosial) pada peringkat universiti ke atas sahaja yang akan diiktiraf.

  • Pengikut dalam majlis ilmu akan diiktiraf sebagai peserta.

  • Laporan kejayaan dan kemasukan data MESTI dikemas kini dalam sistem selewat-lewatnya dua [2] minggu selepas projek dijalankan. Kemasukan lewat dikira lupus.

  • Program yang dianjurkan oleh badan/ PTJ / agensi luar boleh dimajukan kepada Penyelaras MyCSD untuk pertimbangan, pemberatan dan pengiktirafan.

  • Tajuk bagi Projek yang berteraskan Khidmat Masyarakat hendaklah dinyatakan nama tempat. Contoh: Baktisiswa di Perkampungan Orang Asli, Lenggong, Perak