Latest News | More News
-
KOR SISPA USM DINOBATKAN SEBAGAI KOMPENI KOR SISPA TERBAIK TAHUN 2024
Isnin, 24 Mac 2025 – Kor Sukarelawan Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Universiti Sains Malaysia (USM) telah berjaya dinobatkan sebagai Kompeni Kor SISPA Terbaik Tahun 2024 sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) Kali Ke-73 Tahun 2025.
Majlis penganugerahan ini telah disempurnakan oleh YAS TPj. (PA) Hj. Abdul Wahab Bin Hj. Rahim, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM bersama YAS TPj. Bersekutu (PA) Dato’ Ismail Bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM yang bertempat di Dewan Tun Perak, Ibu Pejabat Pertahanan Awam (IPPA). Anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan kepada pencapaian cemerlang Kor SISPA USM dalam aspek latihan, penglibatan komuniti, disiplin, serta komitmen yang tinggi dalam aktiviti berkaitan pertahanan awam sepanjang tahun 2024.
Menurut Komandan Kor SISPA USM, PPj. Kehormat (PA) Prof. Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat, kejayaan ini adalah hasil usaha berpasukan Pegawai Kadet SISPA USM serta sokongan padu daripada pihak universiti dan pihak APM Negeri Pulau Pinang, serta Pegawai Bersekutu dan jurulatih-jurulatih Kor SISPA USM. “Kami amat berbangga dengan pengiktirafan ini. Ia bukan sahaja satu penghormatan buat USM, tetapi juga membuktikan bahawa mahasiswa kita mampu memberi sumbangan yang besar dalam bidang pertahanan awam,” katanya.
Pada majlis yang sama, Kol. Bersekutu (PA) Prof. Madya Dr. Mohamad Haafiz Mohamad Kassim dan Lt. Kol. Bersekutu (PA) Hafiz Assad Zakaria, masing-masing juga telah menerima anugerah Ajutan Kor SISPA Terbaik 2024 atas jasa dan sumbangan mereka dalam APM dan Kor SISPA. Dengan pencapaian ini, Kor SISPA USM bertekad untuk terus memperkasa peranannya dalam membentuk mahasiswa yang berdisiplin, berketerampilan, dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan pada masa hadapan. USM juga berhasrat untuk menjadi pusat kecemerlangan latihan Kor SISPA di peringkat nasional dalam usaha menyumbang kepada keselamatan dan kesejahteraan negara.
-
TENAGA PENGAJAR DAN TEMPAT KURSUS KOKURIKULUM SEM II S.A. 2425
-
JADUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEM II SIDANG AKADEMIK 2425