Latest News | More News
-
PRA PENDAFTARAN BAGI SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2025/2026
PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR
Pra-pendaftaran Kursus Kokurikulum bagi Semester I, Sidang Akademik 2025/2026 akan diadakan seperti berikut:-
8 Julai 2025 bermula pada 10:00 pagi – 13 Julai 2025 pada 5:00 petanghttp://campusonline.usm.my/
UNTUK PELAJAR YANG BERJAYA, KURSUS YANG DIPOHON (TERTAKLUK KEPADA KEKOSONGAN) AKAN DIPAPARKAN DI PORTAL CAMPUS ONLINE SATU (1) MINGGU SEBELUM E-PENDAFTARAN BERMULA.Terima kasih.
--------------------------------------------------------------------------ATTENTION TO ALL STUDENTS
Pre-registration of Co-curricular Courses for the upcoming Semester I, Academic Session 2025/2026 will be held as follows:-
8th July 2025 at 10:00 am – 13th July 2025 at 5:00 pmhttp://campusonline.usm.my/
SUCCESSFUL APPLICANTS WILL BE ABLE TO VIEW THE COURSE APPLIED (SUBJECT TO AVAILABILITY) ON THE CAMPUS ONLINE PORTAL ONE (1) WEEK BEFORE THE E-REGISTRATION BEGINS.
Thank You. -
KOR SISPA USM DINOBATKAN SEBAGAI KOMPENI KOR SISPA TERBAIK TAHUN 2024
Isnin, 24 Mac 2025 – Kor Sukarelawan Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Universiti Sains Malaysia (USM) telah berjaya dinobatkan sebagai Kompeni Kor SISPA Terbaik Tahun 2024 sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) Kali Ke-73 Tahun 2025.
Majlis penganugerahan ini telah disempurnakan oleh YAS TPj. (PA) Hj. Abdul Wahab Bin Hj. Rahim, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM bersama YAS TPj. Bersekutu (PA) Dato’ Ismail Bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM yang bertempat di Dewan Tun Perak, Ibu Pejabat Pertahanan Awam (IPPA). Anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan kepada pencapaian cemerlang Kor SISPA USM dalam aspek latihan, penglibatan komuniti, disiplin, serta komitmen yang tinggi dalam aktiviti berkaitan pertahanan awam sepanjang tahun 2024.
Menurut Komandan Kor SISPA USM, PPj. Kehormat (PA) Prof. Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat, kejayaan ini adalah hasil usaha berpasukan Pegawai Kadet SISPA USM serta sokongan padu daripada pihak universiti dan pihak APM Negeri Pulau Pinang, serta Pegawai Bersekutu dan jurulatih-jurulatih Kor SISPA USM. “Kami amat berbangga dengan pengiktirafan ini. Ia bukan sahaja satu penghormatan buat USM, tetapi juga membuktikan bahawa mahasiswa kita mampu memberi sumbangan yang besar dalam bidang pertahanan awam,” katanya.
Pada majlis yang sama, Kol. Bersekutu (PA) Prof. Madya Dr. Mohamad Haafiz Mohamad Kassim dan Lt. Kol. Bersekutu (PA) Hafiz Assad Zakaria, masing-masing juga telah menerima anugerah Ajutan Kor SISPA Terbaik 2024 atas jasa dan sumbangan mereka dalam APM dan Kor SISPA. Dengan pencapaian ini, Kor SISPA USM bertekad untuk terus memperkasa peranannya dalam membentuk mahasiswa yang berdisiplin, berketerampilan, dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan pada masa hadapan. USM juga berhasrat untuk menjadi pusat kecemerlangan latihan Kor SISPA di peringkat nasional dalam usaha menyumbang kepada keselamatan dan kesejahteraan negara.
-
TENAGA PENGAJAR DAN TEMPAT KURSUS KOKURIKULUM SEM II S.A. 2425