slide 1
Homepage
01web_ranking.jpg
previous arrowprevious arrow
next arrownext arrow
Image Slide 1
PUSAT RANCANGAN KOKURIKULUM

__________
Centre for Co-Curricular Programme
Universiti Sains Malaysia

MEMPERLUAS PERANAN UNIVERSITI & PELAJAR DALAM PERKONGSIAN ILMU SERTA MEMPERKUKUHKAN JALINAN KERJASAMA DI PERINGKAT GLOBAL

Pusat Rancangan Kokurikulum dan Persatuan Anak-Anak Pulau Pinang (GAPP) Universiti Sains Malaysia telah melaksanakan projek berkonsepkan pemindahan dan asimilasi ilmu yang membabitkan perkongsian kepakaran berkaitan dengan Pembangunan Lestari, Keperluan Pemilikan Perumahan, Pembangunan Ekonomi & Kepimpinan Mahasiswa Masa Hadapan di kalangan pelajar-pelajar Malaysia yang kini sedang menuntut di UIN, Acheh, Indonesia. Demi untuk menghakupayakan komuniti melalui konsep inovasi sosial dalam membantu peningkatan sosio-ekonomi disamping membina jalinan kerjasama berterusan antara universiti dan komuniti, maka seramai 20 mahasiswa/siswi GAPP telah bersama melibatkan diri dalam program yang telah berjaya diadakan pada 10 Mac 2023 - 15 Mac 2023 bertempat di Hotel Arabia, Banda Acheh. Turut serta dalam program ini ialah Zulfadhli Hamzah Atase Pendidikan, Education Malaysia Indonesia (EMI), Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta & Jamaruslam Bin Abdullah, Pengarah Bahagian Penyelarasan, Jabatan Perdana Menteri.

image 1Empat dari kiri duduk Jamaruslam Abdullah-Peg ICU, Zulfadhli Hamzah-Atase, Prof Madya Dr.Mohd Sayuti-Penyelaras Program & Prof Madya  Dr. Mohamad Haafiz-Pengarah PRK-USM.

Pada tanggal 13 Mac 2023, Deligasi dari Pusat Rancangan Kokurikulum  bersama GAPP yang diketuai oleh Saudara Muhammad Haffiz Abdullah telah mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan UIN. Pertemuaan ini bertujuan untuk memantapkan lagi jalinan kerjasama antara Pusat Rancangan Kokurikulum USM, GAPP dan Pihak Pentadbiran UIN-ACHEH dalam merangka strategi yang boleh menjadi panduan secara dua hala dalam menyelesaikan isu-isu semasa terutamanya melibatkan pembangunan pendidikan pelajar-pelajar kedua-dua belah pihak. Jalinan kerjasama ini juga diperkukuh demi memperkasakan aktiviti pembangunan lestari untuk menyokong agenda pembangunan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara. Hasil daripada lawatan tersebut, pihak UIN amat mengalu-alukan jika pelajar-pelajar ingin menyambung pengajian atau menjalani latihan industri di sana. 

image_2.jpgDari kiri Prof Madya Dr Mohamad Haafiz-Pengarah PRK-USM, En.Jamaruslam Abdullah-Peg ICU, Prof Madya  Dr. Mohd Sayuti-Penyelaras Program, Prof Dr. Saifullah Wakil Reaktor III UIN & Asyraf Muzaffar Peg IO, UIN

Implikasi daripada program ini juga akan membantu membuka minda mahasiswa/siswi untuk berfikiran lebih kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan permasalahan kebolehpasaran graduan yang kini menjadi salah satu daripada agenda kritikal yang harus diharungi oleh Mahasiswa. Hal ini kerana kualiti akademik bukanlah satu-satunya kriteria pengukur yang menjamin graduan untuk mendapatkan pekerjaan. Kini pihak majikan lebih selektif dan menilai graduan secara holistik yang merangkumi imej, kemampuan berkomunikasi, kebolehan berdikari, kemahiran kendiri yang pelbagai dan kukuh serta kebolehan untuk menyesuaikan diri terhadap persekitaran. Semoga usaha yang dijalankan oleh Pusat Rancangan Kokurikulum dengan kerjasama GAPP akan mampu melahirkan generasi yang lestari masa kini & akan datang.