USM PULAU PINANG, 10 Jun 2023 – "Aktiviti badan beruniform dapat membentuk sahsiah mahasiswa ke arah lebih berdisiplin, berkeyakinan dan berintegrasi dalam memangkin momentum kecemerlangan mahasiswa," demikian antara intipati ucapan Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed sewaktu merasmikan Hari Perbarisan Pembukaan Latihan Badan Beruniform USM, hari ini.
Abdul Rahman turut menyeru siswa-siswi yang melibatkan diri dengan badan beruniform untuk sentiasa memelihara integriti dan nama baik USM pada setiap masa.
“Silaturrahim serta kerjasama erat yang dipamerkan dalam latihan serta gerak kerja setiap pasukan beruniform secara tidak langsung sedang mempersiapkan siswa-siswi dengan ilmu dan pendedahan tambahan yang bernilai selain pencapaian akademik sebelum bergraduasi daripada USM,” tambah beliau.