slide 1
Homepage
01web_ranking.jpg
previous arrowprevious arrow
next arrownext arrow
Image Slide 1
PUSAT RANCANGAN KOKURIKULUM

__________
Centre for Co-Curricular Programme
Universiti Sains Malaysia

Teras Daya Usaha & Inovasi

WCC 103 | CATAN

WCC 110 | KRAFTANGAN

WCC 120 | CANTING BATIK

WCC 121 | SENI KHAT

WMU 102 | MAKERS@USM TAHAP 1

This course aims to introduce Space or Zone (MAKERS SPACE) of MAKERS @ USM and to develop students' STEM skills in line with the industrial revolution 4.0 through creativity exploration a new concepts and ideas in the process of finding 'out of the box' solutions to produce prototype. Students will be exposed to basic practical work skills such as drillling process, grinding process, carpenter, 3D printer, Robotic design, IoT and Embedded Systems in theory and practice. Group work assignments and prototype fabrication will be practiced in this course to foster STEM skills, leadership to foster leadership skills, spirit of unity and entrepreneurial through industrial and community volunteering project.

-Bahasa Melayu-

Kursus ini bertujuan memperkenalkan Ruangan atau Zone (MAKERS SPACE) MAKERS@USM> serta membangunkan kemahiran STEM para pelajar yang selari dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0). Penekanan diberi kepada aspek kreativiti dan inovasi, mengeksplorasi konsep dan ide baru dalam proses mencari penyelesaian ‘di luar kotak’ untuk menghasilkan prototaip. Pelajar akan mendapat pendedahan kemahiran asas kerja amali seperti proses pemutaran, proses pengisaran, kerja kayu, pengunaan pencetak 3D, asas reka bentuk Robotik, IoT dan Sistem Terbenam dalam bentuk teori dan praktikal. Tugasan secara kerja berkumpulan dan penghasilan prototaip akan dipraktikkan dalam kursus ini untuk memupuk kemahiran STEM,  kepimpinan, semangat perpaduan dan keusahawanan melalui projek libat sama industri dan komuniti.


WMU 112 | LITERASI KECERDASAN BUATAN

This course aims to introduce hyperautomation to develop students' STEM skills in line with the industrial revolution 4.0 through creative exploration of new concepts and ideas in the process of finding 'out of the box' solutions to produce projects composed of elements from automation and artificial intelligence. Students will be exposed to basic practical work skills such as robotic process automation, deep learning, machine learning and artificial intelligence project management in theory and practice. Group work assignments and capstone project based on hyperautomation will be given in this course to foster STEM skills, leadership to foster leadership skills, spirit of unity and entrepreneurial through industrial and community volunteering project.

-Bahasa Melayu-

Kursus ini bertujuan memperkenalkan automasi hiper di bawah program MAKERS@USM untuk membangunkan kemahiran STEM para pelajar yang selari dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) melalui penerokaan konsep dan idea baharu secara kreatif dalam proses mencari penyelesaian ‘di luar kotak’ untuk menghasilkan projek yang merangkumi elemen automasi dan kecerdasan buatan. Pelajar akan mendapat pendedahan kemahiran asas kerja amali seperti proses automasi robotik, pembelajaran mendalam, pembelajaran mesin dan pengurusan projek kecerdasan buatan dalam bentuk teori dan praktikal. Tugasan secara kerja berkumpulan dan projek capstone penghasilan projek mini dalam automasi hiper akan dipraktikkan dalam kursus ini untuk memupuk kemahiran STEM, kepimpinan, semangat perpaduan dan keusahawanan melalui projek libat sama industri dan komuniti.


WMU 122 | LITERASI SAINS DATA

This course introduces data science under the MAKERS@USM program to develop students' STEM skills in line with the Industrial Revolution 4.0 (IR4.0) through the creative exploration of new concepts and ideas in the process of finding 'out of the box' solutions to produce projects that include data science elements. Students will gain exposure to basic practical work skills such as Microsoft Excel, data analysis and data science project management in theoretical and practical forms. Group work assignments and mini -project production capstone projects in data science will be practiced in this course to cultivate STEM skills, leadership, spirit of unity and entrepreneurship through industry and community engagement projects.

-Bahasa Melayu-

Kursus ini memperkenalkan sains data di bawah program MAKERS@USM untuk membangunkan kemahiran STEM para pelajar yang selari dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) melalui penerokaan konsep dan idea baharu secara kreatif dalam proses mencari penyelesaian ‘di luar kotak’ untuk menghasilkan projek yang merangkumi elemen sains data. Pelajar akan mendapat pendedahan kemahiran asas kerja amali seperti Microsoft Excel, analisa data dan pengurusan projek sains data dalam bentuk teori dan praktikal. Tugasan secara kerja berkumpulan dan projek capstone penghasilan projek mini dalam sains data akan dipraktikkan dalam kursus ini untuk memupuk kemahiran STEM, kepimpinan, semangat perpaduan dan keusahawanan melalui projek libat sama industri dan komuniti.


 WLF 103 | PERUBAHAN IKLIM

Climate change is a long-term shift in global and regional climate patterns that is induced by the human-induced global warming. Global warming is defined as an increase of combined surface air and sea surface temperatures averaged over the globe.  The impacts of climate change in general differs regionally but models suggested that extreme weathers (drought, heavy precipitation, and typhoons), sea level rise, species loss and extinction, as well as warming and acidification of the ocean are commonly experienced across the globe with different magnitudes. This course will explain the concept of climate change science, importance of adaptation, mitigation and sustainable development, as well as putting climate change in the context of Malaysia.

-Bahasa Melayu-

Perubahan iklim merupakan perubahan jangka panjang pola iklim di kawasan serantau dan global yang berpunca daripada kesan pemanasan global hasil aktiviti manusia. Pemanasan global pula didefinisi sebagai peningkatan suhu gabungan udara dan permukaan laut secara purata dunia. Perubahan iklim secara umumnya memberi kesan serantau yang berbeza namun model menunjukkan cuaca ekstrem (kemarau, hujan lebat, dan ribut taufan), peningkatan paras laut, kehilang spesies dan kepupusan, serta pemanasan dan pemasaman laut merupakan kesan yang akan dialami seluruh dunia pada tahap yang berbeza. Kursus ini akan menerangkan konsep sains perubahan iklim, kepentingan adaptasi, mitigasi dan pembangunan mampan, serta memahami topik perubahan iklim dalam konteks Malaysia.


 WLF 104 | LITERASI KEWANGAN DIGITAL

This course will equip students with basic knowledge and skills of personal finance. Topics cover budget planning involving cash flow, loans, debt, protection and savings. Active learning is the main method carried out such as think-share, reflection, thinking hat, gamification in the form of financial management. Emphasising is placed on digital financial literacy which is geared towards financially literate.

-Bahasa Melayu-

Kursus ini akan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas kewangan peribadi. Topik merangkumi perancangan bajet melibatkan aliran tunai, pinjaman, hutang, perlindungan, pelaburan dan penyimpanan. Pembelajaran aktif merupakan kaedah utama dijalankan seperti "think-share", refleksi, "thinking hat", “gamification” yang berbentuk pengurusan kewangan. Penekanan diberikan kepada literasi kewangan digital yang menjurus ke arah bijak kewangan.


 WLF 105 | KECEKALAN DIRI

In this course, students will learn about grit and its related components. These aspects include growth mindset, meaning and purpose in life, passion, and overcoming failures. These key components will be taught through lectures and interactive activities. This course will provide students with knowledge and skills essential for optimal outcomes.  

-Bahasa Melayu-

Dalam kursus ini, pelajar akan belajar tentang grit dan aspek berkaitan. Aspek-aspek ini termasuk minda pertumbuhan, makna dan tujuan kehidupan, minat dan cara mengatasi kegagalan. Komponen ini akan diajar melalui kuliah dan aktiviti interaktif. Kursus akan menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran penting untuk masa hadapan yang optimum.