slide 1
Homepage
01web_ranking.jpg
previous arrowprevious arrow
next arrownext arrow
Image Slide 1
PUSAT RANCANGAN KOKURIKULUM

__________
Centre for Co-Curricular Programme
Universiti Sains Malaysia

KARNIVAL KEUSAHAWANAN, KELESTARIAN, KEBUDAYAAN & SUKAN

KARNIVAL KEUSAHAWANAN, KELESTARIAN, KEBUDAYAAN & SUKAN

19 Jun 2023 Karnival Keusahawanan, Kelestarian, Kebudayaan dan Sukan adalah sebuah program anjuran Pusat Rancangan Kokurikulum dengan kerjasama para mahasiswa/i berdaftar kursus kokurikulum WSC 127 Pengurusan Acara. Program ini memberi ruang kepada mahasiswa/i Universiti Sains Malaysia (USM) untuk bergiat aktif dalam bidang kokurikulum. Program yang melibatkan seluruh mahasiwa/i berdaftar kokurikulum di USM ini akan berlangsung pada 19 Jun 2023 hingga 22 Jun 2023 bertempat di Foyer Perpustakaan, Dataran Merah dan Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) USM.

Pelbagai aktiviti yang berkaitan kursus kokurikulum akan dijalankan sepanjang program. Aktiviti jualan akan dijalankan oleh mahasiswa/i yang mendaftar kursus kokurikulum WUS 101 Keusahawanan untuk mengaplikasikan perkara yang dipelajari sepanjang kursus. Terdapat pameran dan persembahan dari mereka yang mendaftar subjek kokurikulum WCC Kelestarian dan Kebudayaan seperti jazz band, seni silat cekak dan tarian. Aktiviti sukan seperti mini futsal dan bola tampar pantai turut diadakan bagi melibatkan mahasiswa/i yang mendaftar kursus sukan. Perkara tersebut dapat melahirkan mahasiswa/i yang cergas, cerdas, berilmu, berketerampilan serta berupaya membentuk generasi pelapis pada masa hadapan.

Selain itu, tujuan program ini diakaan adalah untuk mendedahkan kepada mahasiswa/i kursus kokurikulum yang ditawarkan di USM. Dengan menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut, attribute H.E.B.A.T dapat dipupuk dalam kalangan mahasiswa/i USM. Sehubungan itu, ahli jawatankuasa akan berganding bahu untuk cuba sedaya upaya bagi memastikan program ini dijalankan dengan lancer seiring dengan tujuan dan objektif yang telah ditetapkan.