Pusat Rancangan Kokurikulum dengan kerjasama Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS) telah mengambil inisiatif untuk berkongsi ilmu dengan pegawai-pegawai tinggi kerajaan di Egypt, Mesir dalam usaha mengintegrasikan aspek adaptasi bagi menangani Kesan Perubahan Iklim dan Pemanasan Global.
Program yang dijalankan selama 10 hari (14 Ogos 2023 hingga 23 Ogos 2023) bertempat di Helnan Hotel Egypt dan dirasmikan oleh Duta Besar Malaysia di Mesir, Ambassador TYT Zamani Bin Ismail.
Program ini dibiayai sepenuh oleh “The Malaysian Technical Cooperation Program (MTCP), Ministry Of Foreign Affairs” – ‘Penghantaran Pakar’, manakala para peserta adalah terdiri profesor, pensyarah, akauntan, penguam, arkitek dan lain-lain. Beberapa universiti seperti Cairo University, Helwan University & The American University in Cairo amat berminat untuk menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang dengan USM.