slide 1
Homepage
01web_ranking.jpg
previous arrowprevious arrow
next arrownext arrow
Image Slide 1
PUSAT RANCANGAN KOKURIKULUM

__________
Centre for Co-Curricular Programme
Universiti Sains Malaysia

PUSAT RANCANGAN KOKURIKULUM LANCAR PROGRAM AGRO-KEUSAHAWANAN

308912058 5602687153125605 6682632519404209837 n

 

Satu Majlis Perasmian “Agro-Keusahawanan” di bawah kursus WUS101-Teras Keusahawanan universiti telah diadakan pada 28 September 2022 bertempat di Pusat Rancangan Kokurikulum (PRK), Kampus Induk Universiti Sains Malaysia (USM).
Menyedari akan kepentingan menjalin kerjasama dengan industri bagi tujuan berkongsi pengalaman dan minat, PRK telah mengorak langkah bagi menjalinkan kerjasama dengan Syarikat JJ Hygrowtech Sdn. Bhd. Kerjasama ini dapat membantu pelajar teras keusahawanan untuk menguruskan perniagaan berorientasikan agro seperti penggunaan sistem penanaman menggunakan solar, kaedah menyediakan fertilizer, penjagaan dan pengawasan, kaedah penjualan, promosi berkesan dan lain-lain. Program ini turut mendapat penajaan daripada SugarBomb sebanyak RM9,000.00.
 
Majlis ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan. Turut hadir sama ke majlis ini ialah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar, Prof. Dr. Azlinda Azman; wakil kepada Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan & Pengembangan Produk Sugarbomb Worldwide, Puan Fatin Afiqah Mohd Liza dan Pengerusi-Pengerusi Rancangan PRK.