slide 1
Homepage
01web_ranking.jpg
previous arrowprevious arrow
next arrownext arrow
Image Slide 1
PUSAT RANCANGAN KOKURIKULUM

__________
Centre for Co-Curricular Programme
Universiti Sains Malaysia

SELANGKAH PERKONGSIAN ILMU KE PERINGKAT GLOBAL: DEMI ANAK BANGSA PUSAT RANCANGAN KOKURIKULUM - CAIRO, MESIR

pict

 

Untuk menjadi sebuah negara yang maju dan mampan, maka usaha yang berterusan perlu dilaksanakan bagi melahirkan generasi muda yang peka terhadap isu-isu semasa seperti kelestarian, kepimpinan, perumahan, dan ekonomi disamping mampu berbahas dan memberikan pandangan permasalahan tersebut. Justeru itu, dengan penuhrasa tanggungjawab Pusat Rancangan Kokurikulum Universiti Sains Malaysia telah mengambil inisiatif dalam membantu membentuk mahasiswa yang berdaya saing dan berfikiran Global khususnya anak kelahiran Pulau Pinang ke arah insan HEBAT. Perkara ini adalah penting dalam membantu kelangsungan dan kelestarian membangunkan Negeri Pulau Pinang khususnya dan Negara Malaysia amnya bagi menuju kecemerlangan berterusan.

Program ini telah dirangka dan dilaksanakan oleh Pusat Rancangan Kokurikulum dengan kerjasama Bahagian Penyelarasan, Jabatan Perdana Menteri, Kedutaan Malaysia di Cairo Mesir, Bahagian Pendidikan Malaysia Egypt dan Persatuan Mahasiswa Anak Pulau Pinang-Mesir.

Tujuan utama adalah bagi meningkatkan kefahaman sertamencungkil bakat mahasiswa dalam memberikan pandangan berkaitan dengan topik-topik yang dibincangkan. Aktiviti ini telah dilaksanakan pada23-24 Julai 2022 di Wisma Pahang, Mesir dan telahdirasmikan oleh TYT Zamani Ismail (Duta BesarMalaysia ke Mesir).

Dalam ucapannya, beliau banyakmm menyentuh tentang pentingnya pelajar-pelajar Malaysia yang berada di luar negara untuk menyemai pemikiran kritis kepada masyarakat, ejen promosi budaya Malaysia, menjadikan perpaduan kaum di Malaysia sebagai aspirasi masyarakat luar negara dan memastikan Malaysia terus maju. Beliau juga tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pusat Rancagan Kokurikulum, USM yang telah menyumbang tenagabagi menjayakan program yang julung kalinya diadakan bersama pelajar di Mesir.

Manakala Encik Muhamad Khairi Abdullah, Pengarah Pendidikan Malaysia-Egypt mengharapkan agar program ini dijadikan acara tahunan dalam mengeratkan lagi hubungan dengan USM.

Hasil tinjauan pendapat setelah tamat kursus selama dua hari, telah memberi gambaran bahawa peserta dapat meningkatkan keupayaan, kesukarelaan & potensi pemimpin dalam setiap situasi; partisipasi mahasiswa dalam politik matang melalui pendekatan pengurusan ilmu dan maklumat; mendepani permasalahan pemilikan rumah untuk golongan mahasiswa; mengurus tadbir kelab-kelab sukarela & NGO dengan berkesan dan persediaan untuk menghadapi cabaran IR4.0, isu dan masalah.

Kesimpulannya, keterlibatan mahasiswa amatlah penting dalam menentukan halatuju dan kejayaan sesebuah Negara untuk kelangsungan generasi mendatang.

#sayheart@ko-k>